TENTANG SAMBUNGAN MEREKA
PENGENALAN


berjinak. sebuah permulaan bagi perjalanan yang entah bila akn tamat. berusaha dan akan terus berusaha. sokongan dan dorongan amat dihargai..


HIDAYAH TIBA JUA! // Apr 10, 2014
11:33 PM
Fend seorang pemuda yang dilahirkan dengan serba kemewahan. Selama hidupnya, dia tidak pernah merasai keperitan hidup. Segala kemahuannya akan dituruti oleh kedua ibubapanya. 

Namun begitu, dengan kemewahan yang ada, dia alpa dan lupa siapa diri dia yang sebenarnya.

Seorang pemuda yang mencecah 26 tahun ini sangatlah jahil tentang agama. Segala perintah Allah tidak pernah dituruti dengan ikhlas. Semuanya atas paksaan guru-guru di sekolah serta rakan-rakan yang menyanyangi dirinya.

Di rumah, dia langsung tidak pernah menyentuhkan dahinya ke atas tikar sembahayang menyambah Yang Esa, apatah lagi berpuasa. Malah batas pergaulannya langsung tidak pernah dititikberatkan. 

Tambahan,segalanya apa yang harus dia lakukan sebagai seorang Muslim langsung tiada dalam kamus hidupnya. Segala nasihat yang pernah diberikan oleh rakan-rakan diendahkannya seperti mencurah air ke daun keladi.

Pada suatu malam, berlaku satu pertengkaran yang hebat di antara Fend dan mamanya. Mamanya mengugut Fend bahawa dia tidak teragak-agak untuk menarik segala kemewahan yang Fend miliki seperti membekukan kad kredit serta menarik keretanya seandainya dia tidak mahu berubah.

Fend berasa sungguh begang lalu keluar dari rumah untuk mencari keseronokan. Dia menelefon teman wanitanya dan mengajak buah hatinya itu untuk menemaninya ke kelab malam. 

Fend menghabiskan sepanjang malam itu dengan perkara-perkara maksiat. Air kecing syaitan menjadi santapannya malam itu. Malah, minuman keras itu sudah sebati dengan dirinya. Setiap kali dia mengalami tekanan perasaan, pasti air itu yang akan dicari dan diteguknya.

Dalam keadaan mabuk, Fend menari-nari bersama teman wanitanya. Tidak kurang juga dengan pengunjung kelab malam yang lain. Mereka terkinja-kinja menari sambil diiringi muzik yang rancak dikala ada orang lain yang sedang khusyuk menghadapi Illahi, memohon keampunan-Nya. Masa berlalu begitu pantas , mencemburui hamba-hamba Allah yang sibuk beribadah kepada-Nya.

Namun begitu,tidak bagi Fend. Malam itu, segalanya berlaku tanpa mereka sedari. Bisikan syaitan menguasai diri dan nafsu bermaharajalela di dalam hati. Fend dan teman wanitanya terlanjur.

Pada keesokan harinya, Fend tersedar apabila telefon bimbitnya menjerit minta diangkat panggilan telefonnya. Perlahan mengalihkan kepala teman wanitanya yang berada diatas lengannya, dia mengangkat panggilan telefon sambil memisat matanya.

Fend menerima panggilan daripada seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Lelaki tersebut meminta Fend agar bersabar dengan dugaan ini. Fend mendapat perkhabaran pagi itu bahawa ibubapanya telah dijemput menghadap Illahi dalam satu kemalangan jalan raya.

Malangnya, berita tersebut langsung tidak memberi kesan kepada Fend. Baginya, ketiadaan ibubapanya lungsung tidak menjejaskan kehidupannya malah lagi menyenangkan hidupnya.

Setibanya dirumah,dia melihat ramai orang berkumpul di dalam rumahnya. ‘Ah! Serabut ramai-ramai ni.’ Monolognya dalam hati.

Ketika itu,kelihatan ramai saudara mara yang datang menziarah. Waktu jenazah hendak dimandikan, seorang ustaz datang menhampirinya.

“Anak,mandikanlah jenazah kedua-dua orang tuamu ini.”

Lantas dengan bongkaknya Fend meninggikan suaranya menjawab “Ah! Malaslah aku. Ustazkan ada. Apa guna jadi ustaz kalau tak boleh nak uruskan benda mudah macam ni? Aku banyak duitlah. Cakap je barapa ustaz nak aku bayar. Aku boleh bayar. RM 1000, RM 2000 atau RM 5000?”

Ustaz itu hanya mampu menggelengkan kepalanya lalu bermonolog dalam hati “Astaghfirullahhaladzim. Apa yang dah berlaku pada anak-anak zaman sekarang? Kesian. Mak dan ayah diorang tak dihargai langsung.”

Jenazah ibubapanya telah dimandikan lalu dikafankan. Ketika jenazah tersebut dikebumikan, Fend langsung tidak mengendahkan dan sibuk dengan urusan dunianya.

Setelah kejadian itu, hari demi hari, Fend dapat merasakan hatinya semakin kosong. Ibarat rumah tiada berpunghuni. Fend cuba untuk mengisi kekosong itu dengan pergi ke kelab malam,berhibur sehingga ke pagi. Namun semua itu hanya untuk mengisi masanya,tidak hatinya.

Mungkin sebelumnya,perkara seperti mampu mengembirakan hatinya tapi tidak kini. Segalanya tidak berkesan. Kekosongan itu semakin menguasai diri,mencengkam tangkai hati.

Suatu petang, dia bercadang untuk mencari ketenangan dan mengisi kekosongan. Tapi pemanduannya bagai tiada hala tuju. 

Dia buntu ke mana harus dia destinasikan dirinya.

Akhirnya, dia memandu mengikut gerak hatinya. Tetapi setelah puas dia memandu,ketenangan itu langsung tidak hadir mengisi kekosongan hati.

Akhirnya,dia berhenti dihadapan sebuah empangan. Dia menatap pemandangan saujana mata menadang dengan hati yang teramat kosong. 

Dia sendiri buntu apa yang harus dia lakukan kini.

Oleh sebab terlalu memikirkan perkara itu,dia menjerit sekuat hati ibarat melepas segala apa yang terpendam dihati.

Akhirnyanya, dia jatuh terduduk lemah longlai tidak bermaya. Air mata mula berlinangan di tubir matanya. Tiada tanda ingin mengesat, dia membiarkan mutiara jernih itu jatuh membasahi pipi. 

Fend mula teresak. Perlahan dan semakin kuat dan cuba ditahan sehingga bahunya terjungkit dan pernafsannya tidak teratur.

Sedang dia menangis, dia merasakan angin lembut selembut bayu menyapa pipi yang basah dengan tangisan sendiri. Sejuk. 

Tiba-tiba, jiwa yang tadinya kosong, kini terisi dengan ketenangan yang dicarinya. Ketenangan tersebut telah memberinya kekuatan. Kekuatan untuk kembali berdiri. 

Dilihatnya kini bukan lagi sebuah empangan namun sebuah tasik yang sangat indah dan sangat mendamaikan hati yang memandang.

Sedang Fend menikmati pemandangan tersebut, tiba-tiba kelibat ibubapanya kelihatan. Mereka dalam keadaan serba putih. Tersenyum dengan muka yang suci dan berseri-seri bak bulan pernama. Fend tersenyum bahagia dengan apa yang dilihatnya.

Kini barulah dia tahu kenapa selama ini jiwanya terasa kosong. Tiba-tiba Fend merasakan bahawa bayangan itu semakin menjauhi dirinya.

“Mama. Papa. Jangan tinggalkan Fend!” sekali lagi air mata mengalir deras membasahi pipi.

 Dia dengan perasaan yang hampa mengatur langkah kembali ke dalam kereta. Terik senja telah mula melabuhkan tirai diganti muda malam yang menghampiri.

Dia memutuskan untuk terus pulang ke rumah. Radio dipasang, dan azan berkumandang. Tersentap tangkai hatinya dan peluh dingin mula merembes. Semakin lama semakin tenang dirasakan hatinya apabila alunan damai untuk menusuk gegendang telinganya.

 Sekali lagi, air mata kembali merembes. Jauh disudut hatinya, dia berasa betapa kerdilnya dia selama ini.

Setiba di rumah, dia terus menapak menujuk ke biliknya di tingkat dua rumah banglo itu. Setibanya di hadapan bilik, kepalanya tiba-tiba terasa berat, lalu terus dibaringkan badannya di atas katil.

Saat itu, dia teringat kembali kejadian yang berlaku padanya petang tadi. Entah mengapa, hari itu hatinya menjadi terlalu rapuh, dia menangis lagi ketika terkenangkan kedua orang tuanya yang telah kembali ke rahmatullah.

 Kepala yang tadinya berat, kini berdenyut diubun-ubun. Namun, dia gagahkan diri,bangkit dan menuju ke bilik air untuk bewuduk.

Dia bertekad untuk berubah.

Sejadah dihamparkan lalu takbir diangkat. Takbir itu menjadi yang pertama untuknya sepanjang hidup ini. Entah bagaimana, seluruh tubuhnya menjadi seperti tidak bertulang,lemah longlai. Kepalanya memberat,ubun-ubun semakin ligat berdenyut dan dia jatuh terkulai.

Disaat itu, takbir yang tadinya pertama buat dirinya, juga menjadi yang terakhir dalam hidupnya. Disaat itu, malaikat Izrail datang menjemputnya.

Semoga Allah menerima taubatnya dan menempatkan Fend dikalangan orang-orang yang beriman.

Pengajaran: the man who decide to change on the 12th hours, dies on the 11th but Alhamdulillah, Fend manage to do it at 10th.

P:S// Sebagai manusia, kita mestilah sentiasa berusaha untuk mengubah diri ke arah yang lebih baik sebelum ajal datang menjemput. Ingatlah bahawa HIDAYAH ITU PERLU DICARI dan MATI itu PASTI.


Nukilan : Fatien Najwa binti Che Yah dan Aisyah binti Abdulrasak
             - Ketua dan Penolong Biro Agama Asrama Puteri SMART 2012/2013            
             - Slot Malam Rohani , Program Orientasi Asrama SMART 2013.





0 comment(s)