TENTANG SAMBUNGAN MEREKA
PENGENALAN


berjinak. sebuah permulaan bagi perjalanan yang entah bila akn tamat. berusaha dan akan terus berusaha. sokongan dan dorongan amat dihargai..


tua // May 23, 2015
4:19 PM

diam kadang menyakitkan
bukan kadang, memang menyakitkan
tapi
diam adalah perkara terbaik untuk dilakukan
bila kau memang kalah dalam debat menegakkan



diam tu
sebab kau dah cukup dewasa
untuk kau telan
untuk kau tafsir
baik buruk sesuatu perkara


sebab kau
dah dewasa.


0 comment(s)
IBARAT // May 17, 2015
8:11 PM

bicara mereka berhemat
bicara mereka penuh makna
bicara mereka tusuk dalam jiwa

tutur kata mereka lembut
tutur kata mereka indah
tutur kata mereka  mendalam

fikiran mereka tinggi
fikiran mereka sangat dalam
fikiran mereka kata tak terjangkau akal

mereka ikhlas
mereka berjiwa besar
mereka sangat penyabar

kadang mereka bersahaja
kadang mereka lebih dari kita
kadang mereka terlebih bahagia
kadang mereka juga emosi kurang kita setingkat

kerena

falsafah pegangan mereka sama
paksi mereka juga berteraskan yang sepadan semua
cuma gaya dan penyampaian mereka barangkali berbeza
kalau sama, buah fikiran mereka telah digabung


SELAMAT HARI GURU
SELAMAT HARI PENDIDIK


sekalian alam ini, 
tidak mampu mencari TUHAN
tanpa kamu yang menyambung
LEGASI RASULULLAH.





0 comment(s)
HIDAYAH TIBA JUA! // Apr 10, 2014
11:33 PM
Fend seorang pemuda yang dilahirkan dengan serba kemewahan. Selama hidupnya, dia tidak pernah merasai keperitan hidup. Segala kemahuannya akan dituruti oleh kedua ibubapanya. 

Namun begitu, dengan kemewahan yang ada, dia alpa dan lupa siapa diri dia yang sebenarnya.

Seorang pemuda yang mencecah 26 tahun ini sangatlah jahil tentang agama. Segala perintah Allah tidak pernah dituruti dengan ikhlas. Semuanya atas paksaan guru-guru di sekolah serta rakan-rakan yang menyanyangi dirinya.

Di rumah, dia langsung tidak pernah menyentuhkan dahinya ke atas tikar sembahayang menyambah Yang Esa, apatah lagi berpuasa. Malah batas pergaulannya langsung tidak pernah dititikberatkan. 

Tambahan,segalanya apa yang harus dia lakukan sebagai seorang Muslim langsung tiada dalam kamus hidupnya. Segala nasihat yang pernah diberikan oleh rakan-rakan diendahkannya seperti mencurah air ke daun keladi.

Pada suatu malam, berlaku satu pertengkaran yang hebat di antara Fend dan mamanya. Mamanya mengugut Fend bahawa dia tidak teragak-agak untuk menarik segala kemewahan yang Fend miliki seperti membekukan kad kredit serta menarik keretanya seandainya dia tidak mahu berubah.

Fend berasa sungguh begang lalu keluar dari rumah untuk mencari keseronokan. Dia menelefon teman wanitanya dan mengajak buah hatinya itu untuk menemaninya ke kelab malam. 

Fend menghabiskan sepanjang malam itu dengan perkara-perkara maksiat. Air kecing syaitan menjadi santapannya malam itu. Malah, minuman keras itu sudah sebati dengan dirinya. Setiap kali dia mengalami tekanan perasaan, pasti air itu yang akan dicari dan diteguknya.

Dalam keadaan mabuk, Fend menari-nari bersama teman wanitanya. Tidak kurang juga dengan pengunjung kelab malam yang lain. Mereka terkinja-kinja menari sambil diiringi muzik yang rancak dikala ada orang lain yang sedang khusyuk menghadapi Illahi, memohon keampunan-Nya. Masa berlalu begitu pantas , mencemburui hamba-hamba Allah yang sibuk beribadah kepada-Nya.

Namun begitu,tidak bagi Fend. Malam itu, segalanya berlaku tanpa mereka sedari. Bisikan syaitan menguasai diri dan nafsu bermaharajalela di dalam hati. Fend dan teman wanitanya terlanjur.

Pada keesokan harinya, Fend tersedar apabila telefon bimbitnya menjerit minta diangkat panggilan telefonnya. Perlahan mengalihkan kepala teman wanitanya yang berada diatas lengannya, dia mengangkat panggilan telefon sambil memisat matanya.

Fend menerima panggilan daripada seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Lelaki tersebut meminta Fend agar bersabar dengan dugaan ini. Fend mendapat perkhabaran pagi itu bahawa ibubapanya telah dijemput menghadap Illahi dalam satu kemalangan jalan raya.

Malangnya, berita tersebut langsung tidak memberi kesan kepada Fend. Baginya, ketiadaan ibubapanya lungsung tidak menjejaskan kehidupannya malah lagi menyenangkan hidupnya.

Setibanya dirumah,dia melihat ramai orang berkumpul di dalam rumahnya. ‘Ah! Serabut ramai-ramai ni.’ Monolognya dalam hati.

Ketika itu,kelihatan ramai saudara mara yang datang menziarah. Waktu jenazah hendak dimandikan, seorang ustaz datang menhampirinya.

“Anak,mandikanlah jenazah kedua-dua orang tuamu ini.”

Lantas dengan bongkaknya Fend meninggikan suaranya menjawab “Ah! Malaslah aku. Ustazkan ada. Apa guna jadi ustaz kalau tak boleh nak uruskan benda mudah macam ni? Aku banyak duitlah. Cakap je barapa ustaz nak aku bayar. Aku boleh bayar. RM 1000, RM 2000 atau RM 5000?”

Ustaz itu hanya mampu menggelengkan kepalanya lalu bermonolog dalam hati “Astaghfirullahhaladzim. Apa yang dah berlaku pada anak-anak zaman sekarang? Kesian. Mak dan ayah diorang tak dihargai langsung.”

Jenazah ibubapanya telah dimandikan lalu dikafankan. Ketika jenazah tersebut dikebumikan, Fend langsung tidak mengendahkan dan sibuk dengan urusan dunianya.

Setelah kejadian itu, hari demi hari, Fend dapat merasakan hatinya semakin kosong. Ibarat rumah tiada berpunghuni. Fend cuba untuk mengisi kekosong itu dengan pergi ke kelab malam,berhibur sehingga ke pagi. Namun semua itu hanya untuk mengisi masanya,tidak hatinya.

Mungkin sebelumnya,perkara seperti mampu mengembirakan hatinya tapi tidak kini. Segalanya tidak berkesan. Kekosongan itu semakin menguasai diri,mencengkam tangkai hati.

Suatu petang, dia bercadang untuk mencari ketenangan dan mengisi kekosongan. Tapi pemanduannya bagai tiada hala tuju. 

Dia buntu ke mana harus dia destinasikan dirinya.

Akhirnya, dia memandu mengikut gerak hatinya. Tetapi setelah puas dia memandu,ketenangan itu langsung tidak hadir mengisi kekosongan hati.

Akhirnya,dia berhenti dihadapan sebuah empangan. Dia menatap pemandangan saujana mata menadang dengan hati yang teramat kosong. 

Dia sendiri buntu apa yang harus dia lakukan kini.

Oleh sebab terlalu memikirkan perkara itu,dia menjerit sekuat hati ibarat melepas segala apa yang terpendam dihati.

Akhirnyanya, dia jatuh terduduk lemah longlai tidak bermaya. Air mata mula berlinangan di tubir matanya. Tiada tanda ingin mengesat, dia membiarkan mutiara jernih itu jatuh membasahi pipi. 

Fend mula teresak. Perlahan dan semakin kuat dan cuba ditahan sehingga bahunya terjungkit dan pernafsannya tidak teratur.

Sedang dia menangis, dia merasakan angin lembut selembut bayu menyapa pipi yang basah dengan tangisan sendiri. Sejuk. 

Tiba-tiba, jiwa yang tadinya kosong, kini terisi dengan ketenangan yang dicarinya. Ketenangan tersebut telah memberinya kekuatan. Kekuatan untuk kembali berdiri. 

Dilihatnya kini bukan lagi sebuah empangan namun sebuah tasik yang sangat indah dan sangat mendamaikan hati yang memandang.

Sedang Fend menikmati pemandangan tersebut, tiba-tiba kelibat ibubapanya kelihatan. Mereka dalam keadaan serba putih. Tersenyum dengan muka yang suci dan berseri-seri bak bulan pernama. Fend tersenyum bahagia dengan apa yang dilihatnya.

Kini barulah dia tahu kenapa selama ini jiwanya terasa kosong. Tiba-tiba Fend merasakan bahawa bayangan itu semakin menjauhi dirinya.

“Mama. Papa. Jangan tinggalkan Fend!” sekali lagi air mata mengalir deras membasahi pipi.

 Dia dengan perasaan yang hampa mengatur langkah kembali ke dalam kereta. Terik senja telah mula melabuhkan tirai diganti muda malam yang menghampiri.

Dia memutuskan untuk terus pulang ke rumah. Radio dipasang, dan azan berkumandang. Tersentap tangkai hatinya dan peluh dingin mula merembes. Semakin lama semakin tenang dirasakan hatinya apabila alunan damai untuk menusuk gegendang telinganya.

 Sekali lagi, air mata kembali merembes. Jauh disudut hatinya, dia berasa betapa kerdilnya dia selama ini.

Setiba di rumah, dia terus menapak menujuk ke biliknya di tingkat dua rumah banglo itu. Setibanya di hadapan bilik, kepalanya tiba-tiba terasa berat, lalu terus dibaringkan badannya di atas katil.

Saat itu, dia teringat kembali kejadian yang berlaku padanya petang tadi. Entah mengapa, hari itu hatinya menjadi terlalu rapuh, dia menangis lagi ketika terkenangkan kedua orang tuanya yang telah kembali ke rahmatullah.

 Kepala yang tadinya berat, kini berdenyut diubun-ubun. Namun, dia gagahkan diri,bangkit dan menuju ke bilik air untuk bewuduk.

Dia bertekad untuk berubah.

Sejadah dihamparkan lalu takbir diangkat. Takbir itu menjadi yang pertama untuknya sepanjang hidup ini. Entah bagaimana, seluruh tubuhnya menjadi seperti tidak bertulang,lemah longlai. Kepalanya memberat,ubun-ubun semakin ligat berdenyut dan dia jatuh terkulai.

Disaat itu, takbir yang tadinya pertama buat dirinya, juga menjadi yang terakhir dalam hidupnya. Disaat itu, malaikat Izrail datang menjemputnya.

Semoga Allah menerima taubatnya dan menempatkan Fend dikalangan orang-orang yang beriman.

Pengajaran: the man who decide to change on the 12th hours, dies on the 11th but Alhamdulillah, Fend manage to do it at 10th.

P:S// Sebagai manusia, kita mestilah sentiasa berusaha untuk mengubah diri ke arah yang lebih baik sebelum ajal datang menjemput. Ingatlah bahawa HIDAYAH ITU PERLU DICARI dan MATI itu PASTI.


Nukilan : Fatien Najwa binti Che Yah dan Aisyah binti Abdulrasak
             - Ketua dan Penolong Biro Agama Asrama Puteri SMART 2012/2013            
             - Slot Malam Rohani , Program Orientasi Asrama SMART 2013.





0 comment(s)
SINGKAT //
10:57 PM
Enjin dimatikan dan kunci ditarik keluar dari soket. Dia turun dari kenderaan jenis Suzuki Swift biru langit. Beg sekolah digalas dan dia menapak menuju masuk ke sekolah. Berjalan dengan penuh karisma. Menuju ke pintu. Dari kejuahan, terlihat seseorang sedang melambai.

“Siddiq!” suara orang melambai itu kedengaran.

‘Lol. Apa minah ni buat pulak?’ Siddiq monolog sendiri.

“Eyh. Sarah. Buat apa tunggu sini? Tak panas ke? Tunggu je la kat pondok.” Siddiq prihatin. Lah sangat.

“Agak la. Tapi tak pe. Sarah tak kisah. Siddiq punya pasal, Sarah ok je. Lagipun, semalam kan kita dah declare.” Sarah kegedikan.

“Declare? Declare what?” muka berkerut. Bulu kening yang sedia tersambung bertambah rapat.

“Lah. Takkan dah lupa. Malam tadi. Dalam whatsapp. Tak ingat?”

Siddiq cuba recall dan imbasan terjadi.

******Malam sebelum pagi kejadian*******

Choi. Nada menandakan whatsapp masuk.

Lincah dilayangkan jari atas screen Iphone 5c warna biru firus. ‘Semoga terus Berjaya dan Berjaya. Ni part of them. If kau boleh beat lagi, aku kasi lagi gempak.-Abang Umar,2014’

Notifikasi bertanda [SARAH] ditekan. “sarah?”

-Assalamualaikum,Siddiq.

Waalaikumussalam,sarah.

-Saya ada benda nak cakap ni sebenarnya.

Apa dia?
-Erm. Macam mana erk nak cakap?


Cakap je la.

Saya tak makan orang pun.

-Ok. Sebenarnyakan, dah lama saya pendam rasa kat awak.

_saya suka awak lah.

Owh. Ok. I see.

Berapa lama pendam?

-since first time kita jumpa kat tangga tu.

-yang awak langgar saya tu.

Owh. Kes tu.

So, what did you expect me to answer?

-saya tak paksa.

-saya Cuma nak luahkan je apa yang saya rasa.

Ok. Accepted.

-really? Wow. This great.

-thanks. Declare?

Yup. Declare. Be happy.

-thanks, darling.

Darling?

-yup, darling. Why?

Nothing. Just shock.

Ok.

Ada kerja jap. Jumpa kat sekolah esok.

-ok, sayang. Jumpa kat sekolah.

*******

“Oh ya. Sekarang dah ingat. Ok. Thanks for waiting me here. Under the morning sun but fyi, matahari pagi ada Vitamin D, elok untuk kulit.” Siddiq member ceramah kesihatan percuma.

“Oh really?” Sarah mula menyinsing lengan bajunya. “Kalau macam tu, Sarah nak pergi sunbath la kat tengah padang tu.”

“Stop doing that atau clash!” nada tegas kedengaran.

“Pardon me. Clash?” mata Sarah membulat. Siddiq sekarang menjeling ke arah sinsingan baju Sarah. Bibir dijiuh agar lagi jelas.

“What? I can’t understand your bahasa isyarat la Siddiq. Do speak as you got your voice.” Sarah agar bengang.

“Clash. Bye.” Siddiq berlalu.

“What? Siddiq wait.” Sarah berpaling dan mengejar. Lengan Siddiq disentap dan Siddiq merentap.

“Ok. Wait. Stop.” Kedua-duanya berhenti ditengah dataran menuju ke pondok.

Mata dari segenap penjuru kini tertala kepada mereka. Drama-like scene.

“What did you mean by ‘clash’ just now?” Sarah meminta penjelasan.

“Do I need to elaborate what is mean by C.L.A.S.H?  You know the meaning, didn’t you? Huh.” Siddiq sedikit bengang apabila scene yang tercipta menarik minat semua.

Mana taknya. Hot stuff sekolah tengah ber-drama. Tengah dataran pulak tu. Memang tak la orang nak lepaskan peluang sekali seumur hidup ni.

“But why? Siddiq, wait la. Siddiq!” Sarah berteriak.

“I don’t think that you suit me and I’m for you. Please. Do understand the situation. Look around you. Take a look.”

Sarah melihat sekeliling dan “So what? They are starring at us. Then?”

“Huh. What did you mean by ‘then?’. Please la Sarah. Do respect yourself. Lets have some meeting up after the school hour. I’m will be at Bulan. Be punctual.” Siddiq berlalu meninggalkan Sarah sendiri.

Sarah terpinga. Kaki kanan dihentak. Sakit. Dia mengeluh.

**********

Kerusi kantin ditarik dan duduk.

“Best actor doh. Apasal? Tak moh gossip,kah?” Rijal duduk di hadapan Siddiq.
Sekilas dia memandang Rijal. Tajam. Kembali focus kepada sesi menjamu. Nasi lemak. One of the best nasi lemak ever.

“Dah kau ni kenapa? Jeling tajam bagai. Cerita lah.” Rijal mendesak.

“Weyh. Petang ni futsal kat Ferro. Tapi sek Amir nak buat kat Planet. Tapi aku dah settle. Ferro. Pukul 3. Kau nak join tak? Kalau tak nak, aku ajak Simon.” Siddiq mengajak.

“Sek Amir kot. Siapa tak nak weyh. Ok. Set. Pukul 3. Ferro. Do fetch me at home ya? Hehe.” Kerang busuk tersengih.

Havoc punya member. “Duit minyak.”

Hilang gossip. Tu je cara nak distruct Rijal. Futsal. Bowling. Snooker. Lupalah dia perkara sebelumnya. Hebat. Tersengih sendiri.

*********

Sarah tiba di Bulan. Mencari batang hidung Siddiq. Tak Nampak.

“Cik Sarah?” seorang pelayan menegur.

“Ya, saya.” Sarah terkejut. ‘dah kenapa pulak dengar waiter ni?’

“Do follow me. This way.” Pelayan itu mengarah Sarah megikutinya.

“Jap. Where are we going? And why must I following you?” Sarah terhenti dan mempersoal.

“If you want to know the reason why, do follow me. Silakan.” Pelayan itu sabar melayan walau dalam kata tadi terkesan nada tekan.

“Hrm. Takkan marah kot. Ye la. Jom.” Sarah mengalah.

Jap. Sarah mengalah. No la. Takkan mungkin Sarah Nur Shahirah binti Razlan mengalah. Just curious to know.

“Wow. Nice place. So who we will met here?” Sarah bertanya.

Pintu terkuak dan dia diarahkan masuk. Sejurus selepas itu, muka Siddiq kelihatan. Dia berjalan ke arah meja itu dan duduk apabila kerusi kosong ditarik untuknya. Sopan dan santun. Seperti mengerti sesuatu.

****

“Ah. Bengang aku. Apasal la dengan mamat tu? Bodoh.” Sarah angin.

“Dah kau ni kenapa? Bukan nak bagi salam ke apa. Ni masuk terjah, bengang segala bagai. Bawak setan lah kau ni.” Deane melenting.

“I’m sorry. Aku bengang sekarang. Cukup bengang.” Sarah kembali bersuara.

“Kau bengang kenapa nya ni pulak Sarah oi?” Melissa bertanya.

“Jap. Jangan cakap kau gaduh dengan Siddiq la. No way sis.” Asyiqin mengasak. “Kau baru kot couple dengan dia. 24 jam pun tak sampai lagi weyh.”

Melissa dan Deane berdiri. Terkejut mungkin. “What? Really?” hampir serentak keduanya bersuara.

“Yup. Dan I don’t know what the reason, dia clash kan this relationship. Yow. Bengang doh.” Sarah mencari kipas dinding. Dia pasang dan berdiri dibawahnya. Panas.

“Kau hadam tak apa dia cakap tadi,Sarah?” tiba-tiba Yana mencelah. Dari mana datang pun mereka tak tahu. Bila dan bagaimana.

Yana memang macam freak sikit. Tapi dia boleh dikategorikan sebagai alim jugak antara mereka tapi orang tak kenal dia takkan sangka dia punya akal yang sangat panjang dan yang pasti, GILA!

“Apa yang dia cakap?” Sarah menyoal.

“I don’t think that you suit me and I’m for you. Please. Do understand the situation.” Yana jeda. “Do respect yourself.” Yana mengajuk ayat Siddiq pagi tu.

“Weyh. Straight to the point je la. Tengah debor ni, aku malas nak layan kau punya ayat sastera mendalam tu. Cakap je la.” Melissa pula yang tak sabar.

“Kau tahukan Siddiq tu lelaki macam mana? Kite semua tahu dia macam mana. Even, semua orang nak minta couple dengan dia pun, fikir dua tiga kali. Memang tak lah dia yang cari couple. Bukan prinsip dia la katakan” Yana jeda. Meneliti wajah sahabat-sahabatnya. “Sarah. Siddiq tu came from family yang baik-baik. Ayah dia orang masjid. Dia pun boleh cakap kind of la. Aku tahu kenapa dia clash dengan kau dan kenapa dia tak bagitahu kat situ, pagi tadi. Do meet him.” Yana selesai.

“Yana, why?” Sarah ingin tahu.

“Apabila seseorang menegur anda dikhalayak, bermakna dia sedang menghina. Kind of la macam tu bunyi dia. Aku lupa. Get it?” Yana angkat kening double-jerk.

“Oh I see. He’s just trying to protect me. Do respect myself. Haha. Why lah dengan aku ni?” Sarah menekup muka.

“Aku rasa baik kau ikut cakap Yana dan pergi jumpa Siddiq macam dia suruh.” Asyiqin menyokong.

“Agree.” Melissa berbunyi.

“Yup.” Deane pula.

“Hrm. Ok. Thanks Yana. Kau betul-betul neautralizer kiteorang.” Sarah memeluk Yana.

“No hall ah. Aku tak nak korang soal aku “kenapa tak tegur dulu?’ masa kat sana nanti.” Yana membalas pelukan.

“Group hug!” Deane bunyi.

Mereka berpelukan. Mesra. Dari kejauhan ada mata yang melihat. Tersenyum. Bibir mengungkap ‘Thanks’. Yana perasan dan tersenyum kembali.

******

“And seem like you get something?” Siddiq buka mulut.

“Apa maksud awak?” Sarah hairan.

“Saya tak bermaksud nak sakitkan hati awak atau nak buat awak bengang seharian kat sekolah. But I need to do that.” Siddiq bercakap dalam nada yang dia sendiri gelak kalau boleh ulang tayang.

“But wait. Before you go any futher explanation. Can I know why you terima I malam tadi? Then pagi ni you minta clash. I ada maruah ok.” Sarah bungkam.

“Sebab saya fikir awak ada maruah lah saya putuskan hubungan ni. Silap saya malam tadi. Saya tak pasti kenapa. Tapi macam Yana cakap, couple is not my style.” Siddiq cuba untuk bermadah.

“But why?” sarah persoalkan.

“Awak sinsing lengan. Saya dah tegur awak suruh turun kan. Tapi awak tak faham. Sebab saya sayang, saya tegur awak. Tapi sayang saya tak bermakna saya nakkan awak. Sayang sebagai seorang lelaki kepada seorang wanita yang patut dia hormati.”

Sarah mendengar penjelasan Siddiq. Hatinya seperti disentap. Dia sebak. Tak tahu. Tapi jujur dia terkesan.

“Awak. Kalau awak sayang ayah awak. Saya harap awak boleh berubah. Sahabat-sahabat awak, Asyiqin, Deane and Yana. Diaorang berhijab tapi still, diorang hot stuff sekolah. But, that not the main reason for you to pakai scarf. Buat lillahitaala.”

Mata Sarah mula bergenang. Dia betul-betul terkesan. Sangat mendalam.

“Allah takkan ubah sesuatu kaum , melainkan mereka mengubah diri mereka.” Sepotong hadis yang biasa didengari Sarah hari ini buat air matanya tumpah.

“But Siddiq, he’s gone. He had gone. Abah dah tak de.” Sendu ditahan dalam bait kata yang cuba dia ucapkan.

“Innalillahiwainnailaihirajiun. Maafkan saya. Saya tak tahu. Bila?” Siddiq prihatin. Kali ni dia jujur dan ikhlas prihatin.

“Dah tiga tahun. Since that saya jadi saya yang hari ni.” Sarah seperti ingin membuka pekung.

“Jap. Are you trying to buka pekung di dada?” Siddiq cuba untuk tidak berbual berkaitan aib.

“Yup. Cause Yana dah terlalu banyak pegang rahsia saya. Saya selalu runsingkan dia. Dia banyak bantu. Tapi tak semua saya mampu untuk cerita kat dia. Ada cerita jugak yang dia tak tahu. And one of them is cerita yang saya nak cerita kat awak ni.” Sarah mengelap air mata yang mula kering.

“Kenapa saya? Macam mana ayah awak pergi?” tatkala mula rasa diri diberi kepercayaan, Siddiq mengorak langkah.

“Sebab saya tahu awak adalah that one. The one yang akan tiba untuk saya kongsi dan dapatkan nasihat. Orang selalu cakap yang lelaki akan lebih matang dalam berikan pendapat dan berdepan dengan masalah dan saya rasa awak one of that kind of people.” Sara jeda. “Abah pergi sebab saya.”

Sekali lagi, air mata melimpah. Sarah sebak. Sebak yang amat sangat. Satu persatu pekung di dada dibuka. Dia berasa selesa berbicara. Siddiq sekadar mendengar tanpa celahan. Agar dia faham segala cerita. Ya,kini dia tahu kenapa dan bagaimana.

“And that’s it. Benda ni semua buat saya bebas. Buat saya kurang rasa malu atas perkara yang saya lakukan. Mulai dari saat itu, apa yang saya nak, saya akan capai walau apapun caranya. Termasuk untuk dapatkan awak.” Sarah tersenyum sungging.

“Owh really? This is the path, Sarah. Untuk awak balik. Do follow Yana balik rumah dia. Lagipun awak sorang je kan kat rumah? That’s might be the biggest mistake for you to continue doing. Do follow Yana balik. Jumpa ibu. Bagitahu perkara ini. She’s your mother and still, she need to know for pencerahan.”

Siddiq menatap wajah Sarah. Dia tatap lama dan dalam sebelum dia tersedar. Istighfar panjang dan berulang kedengaran. “Maafkan saya.” Jeda sebentar. “Boleh tak ni?”

“Give some time. I’ll try.” Pantas dipotong Siddiq.

“Please. This is not a trial but a must. Ok? You got Yana. Just do it. Paksa pada mulanya is seksa namun dia akan bertukar rela dan akhirnya kita akan ikhlas melakukannya. Memang payah nak berubah tapi kita yang ubah diri kita. Pilihan ada dalam tangan kita dan in sha Allah, bila niat baik, ia akan jadi baik.”

Dan segalanya bermula. Sarah Nur Shahirah bt Razlan. Dia akan berubah. Dengan bantuan Nurul Liyana Sofea dan Amza Siddiq Faiz.

*TamaT*


0 comment(s)